Archive for March, 2010
AWAS Laman Web Phishing CIMB Clicks
In : Informations, Posted by kasmin on Mar.03, 2010
Hari ini saya ada terima emel daripada pihak CIMB Clicks mengatakan pihak bank nak confirmkan identiti saya sebagai pemegang akaun. Hurmmm… sebenarnya mana-mana pihak bank tidak akan meminta sebarang bentuk confirmation melalui emel. Betul tak? So, jangan la percaya ya. Sebenarnya jika sekiranya emel-emel seperti ini dihantar kepada anda ianya adalah bertujuan untuk mencuri identiti akaun anda untuk kegunaan Si Pulan yang berniat tidak baik ini mencuri duit dalam akaun anda. Oleh itu awas ya dengan emel seperti ini.

Sebenarnya laman wen phishing bank-bank lain seperti ini juga telah lama wujud. Dalam akhbar pon ada heboh berkenaan laman web phising Maybank2u pada tahun-tahun lepas.
Pertama saya tengok tajuk emel ni pon saya dah agak ini mesti laman web phishing. Mana tidaknya, sebenarnya saya mana ada akaun CIMB. Macamana pihak CIMB boleh contact saya pulak kan. Hahaha…
Jika anda perhatikan dalam emel ini dia ada bagi satu link untuk anda klik. Apabila anda klik pada link tersebut, anda akan dibawa kepada satu laman web yang sebijik page sama macam CIMB Clicks punya page. Tetapi yang sebenarnya page tersebut adalah tipu semata-mata.
Ok jika anda letak cursor maouse anda pada URL LINK yang dia bagi tu pastu anda tengok pada STATUS BAR kat bawah tu untuk tengok link apa yang keluar. Pada gambar kat atas tu link ini yang keluar “http://kit.es/smart/GIGIFINAL/“. So dah sah kan ianya bukan link dari http://www.cimbclicks.com.my/ kan.
Ok saya ada saja-saja nak cuba klik link yang dia bagi tu. So bila saya klik benda ini yang keluar.

Ni kalau anda menggunakan browser Mozilla Firefox versi 3.6.2. Kalau versi lain saya tidak pasti la sebab saya menggunakan versi sini. So jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox adalah lebih selamat (saya rasa la) sebab dia siap bagi alert dimana website tu adalah phishing website. Macamana dengan browser-browser lain seperti Internet Explorer? Saya sendiri tidak pasti kerana saya jarang guna browser Internet Explorer. So no comment about that.
Last saya nak pesan kepada pembaca semua. Jika anda ingin login ke akaun mana-mana akaun internet banking anda, janganlah sesekali login melalui klik link seperti emel ini. Anda perlu taip direct terus pada bahagian Address (bahagian atas). Pastikan anda taip alamat laman web yang betul ye…

Adakah anda sedar hadiah menarik ini?
In : Informations, Posted by kasmin on Mar.03, 2010
Pernah dengar tak Sistem Kedai Online NiagaKit? Kalau anda perasan ada banner pada sebelah kanan blog saya ni. Sebelum ni pon saya ada post satu posting bertajuk Sistem Niagakit Super Power. Sebenarnya post Sistem Niagakit Super Power sebelum ini adalah post untuk saya sertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak Niagakit.Com. Kalau ada rezeki dapat la hadiah. Hadianya pon agak best jugak. Rugi kalau tidak sertainya.
Kepada yang belum tahu mengenai peraduan ini saya memohon maaf kerana posting ini agak lewat dimana tarikh tamat peraduan ini adalah pada 29hb Mac. So tinggal beberapa hari lagi sahaja. Sebenarnya sempat lagi jika anda menyertainya sekarang. So apa lagi jom sertai sekarang. Hehehe…
Ini antara hadiah menarik yang pihak Niagakit tawarkan :
- iPod Touch 8GB + Sistem Niagakit* + T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi x 1
- iPod Nano 8GB + T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi x 1
- iPod Shuffle 4GB + T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi x 1
- T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi x 5
Hah… ape macam… best tak? best siot… senang je nak join peraduan ni. Klik je gambar kat bawah ni untuk maklumat lanjut.
Sistem NiagaKit Super Power
In : Informations, Internet Bisnes, Posted by kasmin on Mar.03, 2010
Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua berkenaan dengan sebuah sistem E-Commerce buatan Malaysia iaitu NiagaKit. Apa itu NiagaKit? NiagaKit ialah sebuah sistem kedai online dimana anda boleh menjual pelbagai jenis produk makanan, pakaian dan pelbagai jenis produk lain lagi secara online. Sama juga seperti dengan sistem-sistem E-Commerce yang lain seperti ZenCart, Agora Cart dan banyak lagi yang mempunyai fungsi yang sama sahaja.
Walaupon ianya mempunyai fungsi yang sama, NiagaKit sebenarnya lebih mudah kerana ianya lebih mesra pengguna. Bagi saya, NiagaKit ini mudah difahami oleh sesiapa sahaja termasuk pengguna yang baru dalam mengguna sistem E-Commerce.
Saya telah mencubanya dan telah pon membelinya untuk kedai online saya bersama kakak-kakak saya iaitu JomShopping.Net. Jika anda belum mencubanya saya sarankan anda mencubanya sekarang juga. Daftar nama dan emel anda untuk dapatkan login DEMO Sistem NiagaKit dengan mengklik DISINI atau banner dibawah.
Sepanjang saya menggunakan NiagaKit ini, pengurusan dalam aktiviti jual beli antara para pelanggan kami begitu teratur sakali. Para pelanggan kami hanya perlu mendaftar ke kedai kami kemudian melakukan pengesahan pembayaran sesudah mereka membuat pembayaran kepada pihak kami.
Bercakap tentang pembayaran, NiagaKit support pelbagai bentuk pembayaran seperti Credit Card, Paypal dan pembayaran melalui bank-bank tempatan. Biasanya pelanggan kami membuat pembayaran transfer melalui Maybank2u dan juga CIMB Clicks. Setakat ini belum ada lagi pelanggan kami dari luar negara dan sekiranya ada, mereka boleh membuat pembayaran menggunakan Credit Card ataupon melalui Paypal.
Selain itu juga, NiagaKit support perkhidmatan pemprosesan bayaran dari NBePAY. Dengan NBePAY, pemprosesan bayaran ini berlaku secara automatik di internet. Jadi, pembayaran untuk sesuatu produk di kedai anda berlaku secara automatik tanpa anda perlu mengesahkan pembayaran daripada pelanggan anda. Ini dapat menjumatkan lagi masa anda. Jika anda masih samar-samar tentang perkhidmatan seperti ini, anda boleh layari blog saudara Shuth yang menceritakan perkhidmaan seperti ini.
Orait, berbalik kepada NiagaKit, dalam set NiagaKit terdapat sistem kupon diskaun dimana anda boleh create sebanyak mana kupon yang anda suka. Salah satu teknik promosi saya adalah dengan memberi kupon diskaun kepada pelanggan saya.
Walaupon NiagaKit masih dalam versi Beta, setakat ini saya sangat berpuas hati. Permasalahan teknikal atau lain-lain permasalahan yang timbul begitu cepat diselesaikan oleh pihak NiagaKit. Saya cukup-cukup berpuas hati dengan khidmat sokongan daripada pihak NiagaKit.
Kepada anda yang mempunyai produk untuk dijual, saya sarankan anda memiliki set NiagaKit ini untuk meluaskan pasaran produk anda. Harganya juga amat berpatutan berbanding dengan sistem E-Commerce lain yang terdapat dipasaran hari ini. Bayaran adalah sekali sahaja untuk mendapatkan lesen sistem ini berbanding dengan E-Commerce lain yang ada mengenakan caj bulanan ataupon tahunan. Ini amatlah berbaloi untuk anda milikinya. Harapan saya pihak NiagaKit tidak akan mengenakan caj bulanan ataupon tahunan pada masa akan datang. Hehehe…
“Ramai yang terkejut dengan harga yang kami tawarkan kerana ia adalah sangat berpatutan. Kami tidak mengenakan caj bulanan ataupun tahunan seperti penyedia sistem kedai online yang lain. Rata-rata mereka akan mengenakan bayaran bulanan dan tahunan yang akan membebankan para pelanggan mereka. Di sini anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk harga sistem dan anda akan dapat menggunakan Niagakit sampai bila-bila tanpa caj yang tersembunyi. Ini juga berkait rapat dengan prinsip kami yang menganggap caj tersembunyi adalah sesuatu yang menindas.”
Hurmm.. baiklah rasanya cukup setakat ini dulu perkongsian daripada saya mengenai Sistem E-Commerce NiagaKit ini. Mungkin saya akan kongsikan lagi pada post-post yang akan datang. Terima kasih.
Sila klik pautan yang berkenaan dibawah ini untuk mengetahui antara perkara yang perlu anda baca dan perlu anda tahu tentang NiagaKit.
.








