Mangsa Banjir
In : Gelak-gelak, General, Life Style, Merapu, Posted by kasmin on Nov.11, 2009
Hujung bulan begini sememangnya musim tengkujuh bagi area2 sebelah pantai timur dan juga beberapa tempat di kawasan lain. Dalam berita sahaja kita dapat lihat mangsa2 banjir yang dipindahkan. Tambahan pula pada tahun ini hari raya qurban adalah dalam musim tengkujuh. Aku yang bekerja di Paka (Terengganu) ni entah boleh balik raya di kampong ke entah tidak. Aku sendiri pon tidak sangka rupa2nya kawasan rumah sewa yang aku tinggal ni naik air jugak rupenye. Tapi takda la teruk pon. Hahaha… syok jugak kadang2 main air ni.
Tapi hari ni hari kerja, tapi nak pergi kerja tu yang masalahnya. Rumah yang aku dan kawan2 aku tinggal ni dah jadi pulau la pulak. Nak keluar motor memang sah tenggelam mati enjin. Karang kalau mati enjin motor kena overhall la pulak… Hahaha… ada kawan aku sorang ni dia kereta. Alhamdulillah la dia sempat alih parking kat tepi jalan raya je semalam. Kalu parking kat depan rumah ni uishh rasenye tenggelam la tayar kot. Takde la tenggelam enjin. Tapi bahaya juga dan mesti berjaga-jaga dengan keadaan macam ni.
Walaupon ada kereta tapi hujan2 macam ni memang ada je problem ye. Brek kereta pulak problem tak berapa cengkam. Entah masuk air minyak brek kot… Hahaha.. aku tak tau. Aku bukannya tahu sangat pasal kereta ni. So, nak gerak ke tempat kerja pagi ni macam tak boleh je sebab tidak berani nak bawak kereta tu.
Kalau kat kampung ni sure aku pegi “gelong bunut” pergi menahan pukat… adusss… skema bahasa buku ni.. (pegi igat ike la).. wkwkwk… kat umah aku kat kampong biase tak naik air tp nak masuk rumah tu maybe problem kot.. biase air penuh jugak jalan nak masuk umah.. adoii… dgar2 berita besut jerteh banjir ye teruk jugak.. perghh… beraye sini la aku kot… wkwkwk…
Ok ni aku ada ambik gambar sikit menggunakan handphone camera aku yang tak berapa canggih. Gambar pon kabur2 je… hahaha…

air dah cecah kat tangga rumah dah ni… kasut2 sume da bawak nek atas ahaks~ @@

ni member aku nak gi tengok kete dia

tu dia kete parking kat sana.. macam tasik kat depan tu… hahaha…



owh air makin naek dpan tangga

tasik semulajadi.. wkwkwk,, :]~
Yang ni clear sikit amik guna hp member aku (meor)…








Nov.11.2009, 01:21:03
owwhhh.
nii yang kalut2 semalam sek demee..??
huhh..sampai dop pegi kijee tuhh..?
isshh..isshh..
pastu jamu kawe dgn kepokk nok bg tutup mulott laa tuuhhh..
haahaahaa..=)
Nov.11.2009, 11:55:21
hahaha… hok jamu kepok smalang tu utk mangse2 banjir macam deme je…