Hari ini saya ada terima emel daripada pihak CIMB Clicks mengatakan pihak bank nak confirmkan identiti saya sebagai pemegang akaun. Hurmmm… sebenarnya mana-mana pihak bank tidak akan meminta sebarang bentuk confirmation melalui emel. Betul tak? So, jangan la percaya ya. Sebenarnya jika sekiranya emel-emel seperti ini dihantar kepada anda ianya adalah bertujuan untuk mencuri identiti akaun anda untuk kegunaan Si Pulan yang berniat tidak baik ini mencuri duit dalam akaun anda. Oleh itu awas ya dengan emel seperti ini.

1 AWAS Laman Web Phishing CIMB Clicks

Sebenarnya laman wen phishing bank-bank lain seperti ini juga telah lama wujud. Dalam akhbar pon ada heboh berkenaan laman web phising Maybank2u pada tahun-tahun lepas.

Pertama saya tengok tajuk emel ni pon saya dah agak ini mesti laman web phishing. Mana tidaknya, sebenarnya saya mana ada akaun CIMB. Macamana pihak CIMB boleh contact saya pulak kan. Hahaha…

Jika anda perhatikan dalam emel ini dia ada bagi satu link untuk anda klik. Apabila anda klik pada link tersebut, anda akan dibawa kepada satu laman web yang sebijik page sama macam CIMB Clicks punya page. Tetapi yang sebenarnya page tersebut adalah tipu semata-mata.

Ok jika anda letak cursor maouse anda pada URL LINK yang dia bagi tu pastu anda tengok pada STATUS BAR kat bawah tu untuk tengok link apa yang keluar. Pada gambar kat atas tu link ini yang keluar “http://kit.es/smart/GIGIFINAL/“. So dah sah kan ianya bukan link dari http://www.cimbclicks.com.my/ kan.

Ok saya ada saja-saja nak cuba klik link yang dia bagi tu. So bila saya klik benda ini yang keluar.

2 AWAS Laman Web Phishing CIMB Clicks

Ni kalau anda menggunakan browser Mozilla Firefox versi 3.6.2. Kalau versi lain saya tidak pasti la sebab saya menggunakan versi sini.  So jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox adalah lebih selamat (saya rasa la) sebab dia siap bagi alert dimana website tu adalah phishing website. Macamana dengan browser-browser lain seperti Internet Explorer? Saya sendiri tidak pasti kerana saya jarang guna browser Internet Explorer. So no comment about that.

3 AWAS Laman Web Phishing CIMB Clicks

Last saya nak pesan kepada pembaca semua. Jika anda ingin login ke akaun mana-mana akaun internet banking anda, janganlah sesekali login melalui klik link seperti emel ini. Anda perlu taip direct terus pada bahagian Address (bahagian atas). Pastikan anda taip alamat laman web yang betul ye…

address AWAS Laman Web Phishing CIMB Clicks

Related posts:

  1. Program Login FB dapat RM100
  2. 13 Cara Jana Income Online Percuma Untuk Anda
  3. Sistem NiagaKit Super Power
  4. Adakah anda sedar hadiah menarik ini?